Wednesday 16 December 2015

Usahawan Dan Media Sosial Memainkan Peranan Penting Dalam Pemasaran Produk Mereka


Pengenalan

Di dalam era ini, kita dapat lihat beberapa generasi muda dan golongan tu yang berpusu-pusu membuat perniagaan melalui jaringan. Zaman ini tiada lagi sistem barter mahupun dagangan diantara individu. Selain itu, ramai di anak muda telah bergelar jutawan yang berjaya dipersada dunia.

Dengan adanya ciri-ciri keusahawanan ini ia dapat membuka mata banyak pihak di luar sana akan pentingnya seorang usahawan bukan sahaja usahawan Berjaya malah usahawan kecil-kecilan juga tidak tertinggal. Di samping itu, di Malaysia telah banyak melakukan program-program untuk melahirkan usahawan yang berjaya.

Usahawan ini banyak cabangnya yang boleh dilakukan antaranya usahawan pemasaran, usahawan kecil-kecilan, usahawan dagangan dan sebagainya. Oleh itu, usahawan ini bukan sahaja mempunyai modal atau duit tetapi perlu ada kreativiti, idea, semangat dan sebagainya. Dengan adanya keinginan itu, barulah ia boleh menjadi usahawan yang sangat berjaya pada peringkat yang akan datang.

Kita dapat lihat usahawan yang berjaya seperti Mydin. Membuka perniagaannya dengan kecil-kecilan sahaja dan mengguna namanya sendiri untuk membuka Mydin. Pada dulunya, tidak ada orang pun pandang Mydin kerana hanya sebuah premis yang kecil akan tetapi selepas berjaya kini Mydin bukan sahaja telah di Kuala Lumpur malah di setiap negeri pasti ada Pasar Raya Besar Mydin. Malah generasi kanak-kanak juga telah tahu akan kewujudan Pasar Raya Mydin ini. Begiru besar impaknya kepada Negara kita kerana dengan adanya Pasar Raya yang gah ini dapat menigkatkan lagi usahawan di luar sana untuk terus berjaya.

Akhir-akhir ini, ramai usahawan di luar sana telah menggunakan pendekatan yang lebih dekat dengan pelanggan dengan menjual barangan melalui media social. Hal ini kerana ramai di kalangan kita mempunyai gajet sendiri untuk berhubungan dengan orang yang mereka hendak membeli. Orang ramai hendak keluar rumah untuk pergi ke sesuatu tempat untuk membeli seseuatau barang oleh itu, mereka menggunakan kemudahan teknologi dengan membeli melalui media sosial yang semakin canggih di seluruh dunia.

Jika kita dapat lihat dari carta sesungguhnya pembelian secara media sosial ini lebih popular berbanding bersemuka. Kebanyakkan masyarakat bersetuju bahawa dengan media sosial dapat menjimatkan masa mereka serta mudah untuk mereka membuat pembelian. Ia bukan sahaja dari satu negeri malah dari luar negara juga boleh membuat pembelian yang diingini.

 i)                Sejarah dan Evolusi Media Sosial

Pada hari ini kita dapat lihat bertapa pentingnya media sosial kepada kita kemana sahaja pasti media sosial menjadi keutamaan terlebih dahulu. Media sosial ini bukanlah satu perkara yang tidak baik atau tidak betul tetapi setiap orang harus bijak menggunakannya supaya tidak tersalah maklumat dan sebagainya. Mulai hari ini, usahawan diluar sana ramai menggunakan media sosial bagi membuat promosi jualan mereka.

Sejarah media sosial ini lahirkan untuk memudahkan seseorang berhubung dengan jarak jauh melalui emel, penghantaran maklumat dan sebagainya. Kehadiran media sosial di negara memainkan peranan penting kepada semua orang. Ia merupakan satu rangkaian sosial yang mudah dan cepat untuk mendapat maklumat. Dengan penggunaan media sosial ini bukan sahaja untuk berkomunikasi selain itu, boleh mengakses untuk permainan di internet dan juga mendapat cari sesuatu dengan mudah dan cepat.

Media sosial telah popular dengan kewujudan Myspace. Myspace ini merupakan sebuah laman sosial yang dapat berhubungan dengan negara luar serta jarak jau dengan orang lain. Selepas myspace telah berjaya ahli teknologi mewujudkan Friendster sama sahaja seperti myspace laman sosial yang untuk berkomunikasi. Seterusnya pada tahun 2004 lahirnya Facebook iaitu satu laman sosial yang terkenal hingga ke hari ini.

Evolusi media sosial memberi impak yang hebat buat seluruh masyarakat tidak mengenal usia. Media sosial telah memberi pendekatan kepada kita untuk membuat sesuatu perkara dengan mudah. Selain itu, evolusi media sosial ini telah dapat kita wujudkan gajet-gajet yang hebat di seluruh dunia.

ii)               Kepentingan media sosial dalam perniagaan

Pada tahun 2015 ini sudah dapat lihat pekembangan media sosial kepada masyarakat. Ia bukan sahaja untuk generasi dewasa malah warga tua dan kanak-kanak turut mengetahui tentang ini. Dari segi perniagaan pula, ramai ahli perniagaan di luar sana tidak beri menggunakan pendekatan media sosial kepada pelanggan.

Antara pentingnya media sosial dalam perniagaan ialah memasarkan produk. Dengan kaedah ini perniaga boleh membuat pengiklanan melalui media sosial tidak perlu bercakap atau pun bertemu pelanggan. Memperkenalkan barang yang dijual melalui media sosial hanya mendirikan sedikit idea kreatif supaya pengiklanan yang ditunjukkan di media sosial menjadi tarikan pelanggan untuk membeli. Sebagai contoh, seorang perniaga menjual produk kecantikkan tetapi tidak tahu cara memasarkan produknya oleh itu, peniaga tersebut hanya memasarkan di media sosial dengan memberitahu kelebihan produk yang dijualnya kepada pelanggan.

Kedua dengan adanya media sosial ini peniaga tidak perlu berinteraksi dengan pelanggan untuk menjual produk tersebut. Peniaga hanya perlu membina satu iklan yang terdiri isi kandung barangan yang ingin dijualnya supaya pelanggan faham akan keistimewaan barang tersebut. Sebuah pengiklanan yang dibangunkan haruslah difahami bahasanya inilah kepentingan media sosial di dalam perniagaan.

Kepentingan yang ketiga ialah dapat menjimatkan masa. Memandangkan zaman sekarang semua orang tidak sempat untuk pergi membeli belah dan sebagainya ini adalah cara yang mudah dan cepat untuk pelanggan membuat pembelian. Menerusi media sosial barang yang dijual dapat berjalan dengan lancar dan kemungkinan barang yang dibeli harus dicaj atas kos penghantaran yang dihantar.

Keempat pula menjimatkan kewangan. Peniaga tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk membuat sesebuah laman sosial. Ini kerana peniaga tidak perlu mengeluarkan modal untuk mengedarkan pamplet dan tidak perlu membuat permit untuk mengantung iklan. Di samping itu, dapat menjimatkan kewangan kerana ia boleh dilakukan di rumah tidak perlu menyewa sesuatu tempat. Peniaga tidak perlu risau akan kewangan bulanan yang dapat.

Akhir sekali, dapat memasarkan ke persada dunia. Dengan mengiklankan di media sosial bukan sahaja rakyat Malaysia yang mengetahui malah Negara jiran kita juga akan tahu sekiranya tersebar di media sosial. Sebagai contoh, seorang peniaga menjual jam tangan dengan pelbagai harga, warna serta bentuk seteleh mengiklankan di laman facebook secara automatik orang akan tahu dan ingin tahu keistimewaan jam tangan tersebut serta ingin membeli. Selain itu, jika ia mendapat tarikan Negara luar akan turut mahu untuk membeli barang tersebut.

iii)             Penggunaan media sosial dalam perniagaan secara global

Zaman ini merupakan zaman tranformasi kepada seluruh dunia. Tiada manusia yang tidak mempunyai media sosial seperti Facebook, Twitter, Blogger dan Instagram. Melalui inilah penggunaan media sosial boleh mencecah diperingkat global. Manusia boleh berkomunikasi dengan Negara luar melalui media sosial inilah.

Penggunaan media sosial dari segi komunikasi. Komunikasi adalah satu perkara yang mudah dilakukan oleh semua orang kerana dengan komunikasi dengan jarak jauh dapat memberi kepercayaan terhadap kepada pembeli tersebut. Di samping itu, komunikasi di media sosial ada baiknya kerana kita dapat menarik pelancong luar untuk berkunjung di Negara Malaysia ini.

Dari segi ekonomi pula, sudah semestinya dapat meningkatkan lagi ekonomi kita dengan lebih baik. Apabila pelanggan tidak pernah putus-putus membeli ini dapat memberi satu impak yang besar buat kita. Tambahana pula, sekiranya kita terus dengan perniagaan ini ia dapat mengekalkan lagi nilai mata wang kita kengan baik.

Ekonomi kita akan bertambah baik dengan adanya pelancong luar datang ke Negara kita untuk bercuti. Barangan kita yang diimport ke Negara lain melalui medai sosial ini sungguh berkesan penggunaan media sosial.

Selain itu, di Malaysia telah mewujudkan satu sistem oleh SKMM bagi pembangunan saliran Internet yang boleh mencecah ke seluruh dunia. Ia juga merupakan satu aspek di mana persiapan bagi menjelang wawasan 2020. Bagi semua kawasan dapat melayari internet dengan baik tidak mengira kawasan pendalaman atau bandar.

 iv)             Tahap penggunaan media sosial dalam perniagaan di Malaysia

Menurut kajian yang dilakukan oleh Nielsen, penggunaan internet meningkat ialah 41% dan 22.4 jam yang digunakan oleh setiap orang untuk melayari internet. Khususnya daripada 71% telah habiskan masa dengan mmebuka laman sosial Facebook.

SKMM Malaysia turut mengatakan perkara ini berdasarkan data sebelum ini di mana sebnayak 81.5% bertujuan menggunakan rangkaian sosial. Daripada maklumat yang terkumpul kita dapat melihat bahawa kebanyakkan orang di luar sana mengambil sesuatu maklumat daripada sesuatu perkara dari media sosial.

Oleh itu, di Malaysia penggunaannya adalah tinggi. Permintaan selalu dibuat melalui media sosial oleh orang awam di luar sana. Di Malaysia kebanyakkan mereka lebih gemar melihat media sosial daripada terus ke kedai tersebut. Bukan sahaja generasi yang bekerja malah pelajar jugak tidak ketinggalan untuk membuka perniagaan melalui media sosial.

Di samping itu, ia dapat menjimatkan masa hanya menekan sesuatu barang yang berkenan terus hantar kepada penjual dengan kadar yang cepat dan pantas. Selain itu, tahap penggunaan media sosial dalam perniagaan juga sudah sampai tahap maksimum kerana zaman ini peniaga hanya memaparkan barang yang berkualiti dan gambar yang terbaik sudah disukai oleh orang. Sebagai contoh di Instagram, Twitter, Facebook hanya memaparkan di laman ini sudah menjadi tarikan orang ramai untuk membeli.

Tuntasnya, melalui media sosial ini merupakan satu peringkat yang maju bagi membuka sebuah perniagaan di Malaysia. Hal ini kerana di Malaysia pada zaman dahulu terlalu banyak peruncitan yang telah dibuka oleh itu, peniaga sekarang bertekad membuka perniagaan melalui media sosial. Kita telah lihat ramai diluar sana menjual pelbagai barang tidak kira pakain mahupun makanan semua melalui media sosial sahaja.

v)              Cabaran / Halangan penggunaan media sosial di Malaysia

Peniaga harus bijak mengambil risiko dalam menggunakan media sosial untuk membuat perniagaan. Di samping itu, peniaga harus bijak untuk mengatasi sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini. Di dalam perniagaan secara media sosial ini pasti akan ada cabaran dan halangan untuk ditempuhi.

Antara cabarannya ialah maklumat yang di sampaikan tidak tepat. Ini kerana ada maklumat berkomunikasi jarak jauh pasti akan sesuatu maklumat yang tertinggal walaupun kita sudah mengetahui tentang barang tersebut. Sebagai contoh, seorang peniaga menjual pakaian yang menggunakan kain cotton akan tetapi di dalam gambar pelanggan menganggap itu kain crepe di situ akan berlaku salah faham.

Keduanya ialah pula, pesaingan dengan peniaga lain. Dalam era ini pasti ramai di luar sana berpusu-pusu mahu membuat perniagaan ini yang sedang popular di media sosial seperti yang kita tahu. Bahkan pelajar sekolah serta pelajar universiti turut menjalankan perniagaan ini. Dalam perkara ini pasti peniaga akan menjual barang yang sama dengan peniaga lain oleh itu, pesaing di antara peniaga lain amatlah besar risikonya setiap peniaga harus bijak memainkan peranan. Sebagai contoh seorang pelajar sekolah mahir dalam bidang memasak dan telah membuat iklan tentang masakannya untuk dijual oleh itu, sepanjang hari pelajar tersebut akan bangun pagi untuk menyiapkan masakannya erlebih dahulu.

Halangan yang seterusnya ialah memerlukan internet untuk berkomunikasi. Ini bermakna setiap orang yang inginkan barang yang baru atau ingin bertanya kepada peniaga mereka memerlukan internet untuk berhubung sekiranya kedua-dua pihak sedang menggunakan internet itu merupakan nasib yang baik sekira sebaliknya itu akan melambatkan jawapan yang diinginkan oleh pelanggan tersebut.

Cabaran yang keempat ialah perubahan gaya hidup. Ini disebabkan masing-masing hanya melihat dan mengetahui segala perkara di dalam Facebook, Twitter dan sebagainya interaksi kita dengan orang sekeliling akan menjadi kurang dan renggang. Keadaan di sekeliling kita tidak ambil peduli oleh kerana sibukkan diri melihat media sosial sana sini.

Selain itu, halangannya ialah barang yang sudah dihantar kemungkinan akan rosak. Sepertimana yang kita tahu setiap peniaga menjual barangan yang berbeza-beza bagi mencari kelainan dengan peniaga yang lain dan mendapat untung untuk perniagaannya. Sebagai contoh azimah menjual barangan pinggan yang berkaca di dalam satu set dan mendapat permintaan pelanggan untuk membeli. Pada satu hari Azimah telah pun menghantar barang tersebut menggunakan kourier kepada pelanggannya setelah tiba bungkusan itu pelanggannya membuka bungkusan itu dan mendapat barang yang dihantar telah pecah semasa perjalanan. Ini merupakan satu masalah yang akan menyebabkan pelanggan akan lari dan tidak akan berurusan dengan Azimah lagi.

Cabaran yang terakhir ialah peniaga yang membuat perniagaan melalui media sosial ini bukan sahaja dapat membuka begitu sahaja malah kerajaan telah memperketatkan sekiranya membuka sebarang jenis perniagaan haruslah mendafatar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Setiap perniaga harus mempunyai sijil SSM tersebut sekiranya tidak mempunyai pelanggan boleh membuat aduan bagi sebarang masalah yang dihadapinya.

vi)             Faktor-faktor pendorong penggunaan media sosial

Dunia yang kini meningkat lebih maju telah memberi impak yang hebat kepada masyarakat dan masyarakat lebih cenderung kea rah teknologi berbanding yang lain. Setiap pekerjaan yang dilakukan pada masa kini pasti memerlukan internet, gajet, telefon dan sebagainya bukan lagi berinteraksi sesama kita.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang untuk mengguna media sosial. Antaranya ialah putaran masa. Dimana kita dapat lihat dari generasi ke generasi telah mula menjinakkan diri dengan penggunaan media sosial. Dengan zaman ini teknologi yang semakin canggih di perkenalkan oleh syarikat-syarikat ternama dengan harga yang berpatutan semua tidak ketinggalan untuk membeli telefon yang baru yang mempunyai pelbagai kemudahan dan mudah untuk mengakses sesuatu maklumat. Kalua dahulu generasi dulu hanya menggunakan telefon yang hanya boleh untuk mendial bukan seperti sekarang yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Apabila putaran masa berlalu peredaran barang dan cara penyampaian kita juga akan berlainan.

Faktor yang seterusnya ialah mudah dan cepat. Sekarang belutin tidak lagi dipedulikan oleh masyarakat kita ini kerana masyarakat kita lebih mengetahui dahulu sebelum berita ditayangkan di kaca televisyen. Dengan penggunaan media sosial juga seseorang itu akan cepat mendapat tindak balas berbanding mengutus surat. Selain itu, sekiranya seorang peniaga yang membeli barangan dari negara luar juga akan memudahkan dia hanya dengan berkomunikasi melalui Facebook boleh terus mendapat barang yang diminta tidak perlu untuk ke luar negara untuk membeli belah di sana. Dengan adanya perkembangan media sosial ini masyarakat lebih membuka mata atas sesuatu perkara tidak hanya menunding jari ke pihak lain.

Di samping itu, faktor yang ketiga ialah dapat berkomunikasi dengan jarak jauh. Dengan wujudnya Facebook kiata dapat lihat berapa juta yang telah mengakses dalam laman sosial itu. Kewujudan laman Facebook telah menarik ramai orang untuk mngetahui tentangnya dan laman Facebook juga dapat mengeratkan komunikasi dengan orang yang jauh. Selain itu, kita juga dapat mencari kembali kawan-kawan kita yang lama. Selain dengan sahabat yang jauh diperantau juga kita boleh berhubung melalui laman media sosial ini.

Faktor yang terakhir ialah perasaan ingin tahu. Di mana seseorang ingin mencuba sesuatu yang baru untuk kehidupannya. Di samping itu, pengarauh rakan sebaya juga merupakan faktor yang kuat untuk penggunaan media sosial ini. Apabila salah seorang telah mengakses diri dalam laman sosial ini pasti yang lain akan ikut.

Kesimpulan

Dalam bab ini, ada dua perkara yang kita pelajari yang pertama ialah menjadi usahawanan yang berjaya dan penggunaan media sosial bagi meningkatkan lagi mutu perniagaan kita. Pada zaman ini tidak ada yang ketinggalan semua orang inginkan kehidupan yang lebih selesa serta meneceburi dalam bidang yang lain.

Pada akhir ini, kita tahu amat besar impak media sosial kepada usahawan di luar sana. Bahkan mereka juga bersaing dengan peniaga yang lain untuk memamjukan diri dalam dunia perniagaan dengan menggunakan media sosial. Saya berharap kerajaan terus mempertingkatkan lagi program-program keusahawanan di luar sana bagi melahirkan usahawan yang berjaya di persada dunia bukan sahaja di dalam Malaysia malah di negara luar juga orang akan mengenali akan perniagaannya.

Kerjaan harus melahirkan generasi-generasi muda di luar sana untuk menceburi dalam bidang ini bagi dapat mempertingkatkan lagi ekonomi negara. Kerajaan harus mewujudkan satu sistem pelajaran kepada pelajar sekolah tentang keusahawanan melalui media sosial.
Selain itu, masyarakat juga perlu tahu kebaikkan dan keburukkan media sosial ini. Jangan mengguna untuk melihat perkara yang tidak berfaedah seperti di Facebook mengakses Facebook untuk berkomunikasi dan berbual kosong dengan rakan ini tidak mendatang faedah dan akan membuang masa kerana tidak bermanfaat.

Di samping itu, kewujudan media sosial ini akan menjarakkan hubungan kita dengan orang sekeliling. Hal ini kerana masing-masing tertumpu pada satu benda dan tidak menghiraukan orang di depan mata. Sebagai contoh, apabila sedang menikmati makan malam Facebook menjadi keutamaan untuk melihat sedangkan makanan sudah di depan mata di situ akan menjadi penyebab selisih faham di antara orang sekeliling kerana tidak ada komunikasi yang baik.

Pada pendapat saya, media sosial ini bukan pembawa kerosakkan di dalam sesuatu perkara sekiranya kita tahu batas penggunaanya. Bagi saya media sosial ini merupakan satu alternative yang baik kepada seluruh masyarakat ini kerana media sosial dapat membawa kita ke arah lebih jauh kerana dengan kecepatan maklumat yang kita dapat merupakan satu bonus yang besar buat kita.


Dari segi perniagaan pula media sosial sangat membantu peniaga untuk memajukan perniagaannya. Tambahan pula, zaman yang moden ini masing-masing akan mengisi masa yang terbuang dengan melihat media sosial. Seorang peniaga boleh menjadi juatawan sekiranya tahu penggunaan media sosial ini. Perniagaan tersebut boleh diikuti oleh negara luar juga bukan sahaja di dalam Malaysia. Tidak manusia yang ketinggalan sekiranya bijak menggunakan media sosial ini untuk masa hadapan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment